Saturday, 12 March 2011

SoAL hAT!

Apabila berbicara soal hati, Rasulullah s.a.w pernah menyebut bahawa dalam diri manusia ada segumpal daging yang jika baik daging itu, maka baik pula manusia itu.


Sebaliknya jika daging itu buruk dan busuk, maka kualiti org itu sudah tentulah jatuh ke tahap rendah dan hina.
Hati adalah cermin kepada segala perbuatan. Apa- apa sahaja yang kita lakukan, semua itu berpunca daripada hati. Jika hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Tetapi jika perbuatannya kelihatan baik, belum tentu hatinya baik.
Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka  terhadap persekitaran. Hati yang kasar adalah hati yang tertutup seperti firman Allah dalam surah al-Israa ayat 72 yang bermaksud :-
"Dan sesiapa yg di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta dan lebih sesat lagi jalannya."

Dimanakah kita 'letak' hati kita? Hanya kita yang mampu menjawabnya !




No comments:

Post a Comment